Tajuk on the way :)



 BAB :
2
           
             “ Aah penatnya “ keluh Damia setibanya dia di biliknya . Damia baru selesai mengikuti usrah selepas Solat Isyak bersama kawan-kawannya yang lain . Dia segera mencapai telefon pintarnya dan memasang lagu yang menenangkan . Dia menutup matanya sambil melayani lagu tersebut .

               Kriuk kriuk . Damia membuka matanya apabila terdengar bunyi . “ Aduh , kenapa boleh lapar lagi ni ? Menyesalnya tak makan tadi sebelum solat Isyak . Ish . “ keluh Damia dan segera mencari-cari makanan di dalam biliknya .

             “ Apa ni , takkan takde makanan . Rasanya ada beli maggie cup . Mana ni ? “ Damia mula menyelongkar setiap sudut bilik itu . Dia turut mencari di katil dan meja belajar Nabilla .  Manalah tau roommate kesayangannya si Nabilla itu ada menyorokkan makanan paling berharga itu .

              “ Woi apa ni belek-belek katil kita . Takde privacy langsung . Kau cari apa minah ? “ Tanya Nabilla apabila ternampak Damia tercari-cari sesuatu . “ Wei mana maggie cup , aku lapar . “ tanya Damia . “ Kat mana lagi , kat kantin la cik kak . Kalau nak kena beli lagi lah . Beli banyak sikit untuk hari-hari berikut . Kan dah habis kita melahap malam semalam . Aiyaa itu pun tak ingat ke ? “ soal Nabilla hairan melihat Damia . Perkara yang baru berlaku semalam pun mudah untuk dia lupa .

              “ Ala wei aku lapar tahap dewa ni . Serius , teman weh pegi kantin . Aku kebulur tahap rasa nak tanam kepala dalam tanah . Please weh ? “ rayu Damia kepada Nabilla . “ Pergi tanam sekarang kepala kau tu ? “ usik Nabilla . Damia segera mencubit lengan Nabilla . “ Orang serius dia boleh main-mainkan kita pulak . “ gumam Damia . Nabilla ketawa kecil . “ Pergi dulu kantin , satgi aku mai cari hang kat sana nah . “ kata Nabilla untuk memujuk Damia .

Damia tersenyum kegembiraan .

***********************************************************************

     “ Mia !! Mia , cepat Mia . Cepat !! “ jerit Nabilla sambil berlari ke arah Damia . Akibat jeritan yang sedikit kuat , ia telah mengundang renungan pelajar-pelajar lain yang turut berada di situ . “ Kau apesal jerit macam aku nie jauh beratus batu ni ? “ soal Damia kehairanan .

         “ Prince Charming kau . Dia on the way . Dia on the way . “ luah Nabilla gembira . Orang lain punya ‘crush’ , dia pulak yang terlebih gembira . “ Ala yeke ? Ish dia ni time macam ni jugak nak turun kenapa . Wei asal aku menggeletar ni ? “ ujar Damia cemas sambil melihat tangannya yang menggigil . Nabilla hanya ketawa kecil melihat aksi kawannya itu .

               “  Hai Damia , Nabilla . Makan maggie je ke malam ni ? “ terkejut Damia dan Nabilla apabila ada suara yang menegur mereka . Damia lebih terkejut kerana tidak menyangka perkara begini akan terjadi . Damia hanya tercegat apabila dia melihat lelaki yang menegurnya itu .

              “ Err . Haah . Memanglah macam tu . “ jawab Damia merapu . Orang yang menegurnya itu mengangkat kening tanda tidak faham dan tersenyum . “ Haa memanglah . Memang macam tu pun . “ usiknya . Nabilla cuba untuk menahan dirinya daripada menjerit .

             “ Oh Iskandar , haa nak makan apa ? Nabilla , Damia maggie korang nie siap dah . Makcik buat special . Harga pun special lah . “ senyum Mak Munah selaku peniaga di kantin universiti tersebut . Kerana tiada respon yang diberikan oleh budak perempuan berdua ni , maka seseorang pelu membantu .

              “ Mak Munah buat satu lagi maggie . Sedap pulak nampak diorang nie punya makanan . Lepastu saya bayarkan sekali dengan cik akak yang macam tugu Negara ni . “ ujar lelaki itu tadi dan membuat bayaran . “ Haa akak cepatlah ambik maggie korang tu . Kang orang lain datang rampas jangan nangis eh . “ usiknya sebelum berlalu ke kaunter bayaran .

                  Tergesa-gesa Damia dan Nabilla mengambil makanan mereka dan mencari dewan makan yang kosong . Malam itu , ramai pula orang yang makan . Yang peliknya semuanya menikmati maggie malam itu .

            “ Maggie ada buat promosi murah-murah ke Mia ? Ramai benar melantak maggie malam ni . “ tanya Nabilla kepada Damia . “ Yela kot . “ jawabnya dan segera duduk di meja kosong . Mereka baru hendak menyuap makanan ke dalam mulut , terdengar seseorang memanggil Nabilla . Dia segera berpaling dan bangun menemui kawannya itu . Damia hanya memerhati .

               Terangguk-angguk Nabilla mendengar penjelasan kawannya itu . Dia berjalan ke arah Damia dengan sebuah senyuman . “ Yela yela , pergilah takpe . Kau ada kerja nak buat . Aku faham . “ ujar Damia sambil tersenyum . Faham sungguh dia dengan Nabilla ini . Orang yang sangat serius dalam hal pelajaran . Nabilla baru mendapat info dia dan kawan-kawannya perlu membuat sedikit perbincangan mengenai assignment mereka .

                 “ Sorry Mia . Suddenly and it ‘s urgent . “ ujar Nabilla perlahan dan memeluk Damia . “ Thanks sebab faham . Kau memang kawan aku dunia akhirat . “ tambahnya lagi . Damia hanya ketawa dan mengangguk faham . “ Tula , aku memang jenis yang memahami . Untung dapat kawan macam aku . Haish , makan sorang lagi lah jawabnya. “ luah Damia cuba mengusik Nabilla .

                “ Manade sorang . Tu ada prince charming kau . Hehe . “ usik Nabilla . Hampir nak tersembur makanan yang ada dalam mulut Damia itu . Tanpa dijangka , Nabilla dengan beraninya menjemput ‘crush’ Damia untuk menemani Damia makan .

“ Do you mind Damia if I sit and eat with you ? “ soalnya kepada Damia . Nabilla hanya ketawa dan meminta diri dengan segera . Nabilla sempat berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana belanja mereka berdua makan malam ni . “ Kau ni memang nak kena Nabilla . Siap kau . “ getusnya dalam hati .

                 Lelaki itu dengan selamba menarik kerusi meja tersebut . Kalau duduk berhadapan takpe lagi . Ini kerusi kat sebelah dia . Ini bermakna mamat ni hendak duduk sebelah dia . Damia cuba mengawal dirinya dari melakukan perkara-perkara bodoh .

                “ Sorry saya duduk tak mintak permission awak dulu . “ ujarnya sambil tersenyum sambil menuggu makanannya untuk sejuk sedikit . “ Eh takpe . Bukan saya tauke kantin pun . Semua boleh duduk . “ balas Damia . Lelaki tersebut hanya ketawa . “ Maaf , saya suka sangat usik awak . Merah muka awak kalau kena usik . Maaf ye ? “ makin merah muka Damia apabila mendengar ucapan itu .

              “ Dan saya minta maaf pasal pagi tadi jugak . Saya memang suka usik pelajar saya . Baru seronok pagi saya. “ ujarnya lagi . Damia hanya mengangguk . “ Small matter Prof. Affin . “ kata Damia . “ Terima kasih Prof. sebab belanja maggie . “ ujar Damia dan Prof. Affin mengangguk tanda menghargai .

             Ya . Profesor Affin atau nama sebenarnya Muhd. Affin Iskandar Shah b. Yusuf Shah merupakan orang yang berjaya memikat hati  Damia . Damia memang meminati profnya itu dari hari pertama dia melihat profnya . Bukan dia sahaja , boleh dikatakan ramai pelajar perempuan di universiti itu cair dengan Prof. Affin ni .  “ Apalah kuat sangat aura mamat ni . “ getusnya dalam hati .

             “ Er Prof . Saya nak tanya sikit boleh . “ ? Damia cuba untuk memecahkan kesunyian meja tersebut . Prof. Affin hanya mengangguk . “ Kenapa Prof. tak balik lagi ? Ada hal penting ke yang tak settle lagi sebab tu Prof. balik lambat ? Selalu pulak tu . “ tanya Damia . Prof. Affin hanya tersenyum . “ Ya , kadang-kadang ada hal . Kadang-kadang saja , malas nak balik awal . Bukan ada bini pun tengah tunggu kat rumah . Kadang-kadang saja nak tengok perangai budak dalam universiti ni . Rindu zaman belajar dulu . Kadang-kadang nak lepas rindu kat seseorang . “ senyumnya dan meneruskan aktiviti makannya .

“ Oh . “ sepatah Damia menjawab sambil menaggukkan kepalanya . Prof. Affin hanya tersenyum . Meja itu kembali senyap kerana penghuninya begitu asyik menikmati makanan mereka .

              Malam itu , Damia mengetahui tentang dua perkara penting tentang ‘prince charming’ nya itu . Pertama , masih bujang . Kedua , dah berpunya .

Single but not available .




0 comments: