BAB :
1
“ Alamak . Dah lambat . Habislah aku . “
gumam Damia setelah dia melihat jam di dinding . Jam menunjukkan pukul 7.40
pagi dan Damia ada kelas yang perlu dihadirinya pukul 8 pagi ini . Dia mula
tidak tentu arah . Kelam kelibut dibuatnya dia pagi itu . Menangis mamanya di
rumah kalau tahu dia sebegini rupa di universitinya .
“ Cepat
cepat cepat !!! Kena cepat . Nanti kena denda . Kena perli . Semualah kena .
Macam tak kenal perangai Prof. Affin tu . Dibuatnya dia kunci pintu dewan tu ,
aku nak belajar mana . Kunci pintu dewan takpe lagi , kang suruh aku duduk
belajar kat bawah lantai tu . Taknak aku . “ bebel Damia sambil berlari keluar
dari bilik asramanya menuju ke dewan kuliah .
Damia
berlari dengan sekuat hati menuju ke dewan kuliahnya . Dia harus cepat . Kalau
dia sempat untuk sampai ke dewan tepat jam 7.59 pagi pun dia dah cukup
bersyukur . Walaupun lelah perlu berlari pantas dengan mendaki anak-anak tangga
ke dewan kuliah , Damia tidak pedulikan semua itu . Dia perlu cepat atau tidak
habis dia dibahan dalam kelas pagi itu .
“
Assalamualaikum . Good Morning Prof . I am sorry . So sorry . Saya sebenarnya
dah bangun awal pagi tadi nak solat subuh tapi lepas solat terlelap pulak .
Saya dah bagitau roommate saya untuk kejutkan saya tapi last-last haprak .
Sorry Prof . “ bersungguh-sungguh Damia menerangkan perkara sebenar kepada
profnya itu setibanya dia di dewan itu dan sempat mengerling ke arah jam di
dalam dewan tersebut . 8.03 pagi . “ Alamak habis aku “ getusnya dalam hati .
“
Waalaikumussalam . Okay Miss Damia . Calm down okay . Takpe takpe awak boleh
duduk kat tempat awak . Nasib awak baik sebab mood saya memang baik hari ni .
Jadi cepat duduk sebelum mood saya beralih jadi tak berapa baik “ kata Prof.
Affin ringkas dengan sebuah senyuman yang sungguh manis . Damia menarik nafas
lega kerana dilepaskan tanpa perlu menghadapi perkara yang menakutkan .
Sedang dia
melangkah kaki menuju ke tempat duduknya , “ Damia , lain kali jangan bagitau
roommate awak je . Bagitau sekali kawan-kawan awak dalam dewan ni . Senang
diorang call awak kalau belum nampak kelibat awak dalam dewan ni . Atau awak
boleh bagi je number awak , saya sendiri jadi alarm untuk awak . “ usik Prof.
Affin dan menyebabkan kawan-kawannya dalam dewan itu ketawa . Dia ingat dia terlepas , rupanya tidak .
Damia menutup mukanya dengan buku dan segera duduk di tempat nya .
“ Wei
malunya aku . Tolonglah wei . Tolong !! “ adu Damia kepada Raihan kawan
sekuliahnya . Raihan hanya mampu menahan ketawanya dari meledak melihat
perangai Damia yang tak habis-habis menggelabah . “ Kau ni apelah . Cuba
bertenang , kau nak kelibut pasal apa ? “ tanya Raihan hairan . “ Mau tak
kelibut , aku dah fikir bukan-bukan dah waktu berlari tadi . Kau tak tengok ,
kalau tengok gaya aku lari confirm Usain Bolt pun hantar kad , jemput nak lumba dengan aku tau .
“ selamba Damia membalas . Serentak kawan kuliahnya yang duduk berdekatan dengannya ketawa .
“ Miss
Damia , do you have anything else to share with us before I start my class ? “
tanya Prof. Affin kepada Damia selepas dia melihat ada pelajarnya yang masih
belum bersedia untuk kelas pagi itu . “
No Prof. , there’s nothing to be share .
“ jawab Damia dengan muka yang merah dan segera menyiapakan perlatan
belajar untuk kelas pagi itu . Prof. Affin hanya mengelengkan kepalanya dan
tersenyum melihat Damia sebelum memulakan kelas pada hari itu .
***********************************************************************
***********************************************************************
“ Woish
kau ni Mia . Kau ni lapar ke kebulur ? Bawa bertenang la dey . Laju benar makan
ni . tersedak karang baru tau . “ tegur Priya apabila melihat gaya Damia makan tengah
hari ni . “ Dia pecut pagi tadi laju macam Formula 1 . Tak sempat breakfast la
itu yang lepas geram ni . “ usik Raihan pula .
“ Iya ke ? Mandi ke tak ni ? “ Priya pula cuba
mengusik . “ Kau cantik sikit eh , aku mandi tau sebelum subuh . Aku terlelap
balik .” Damia mula mencebik dan
meneruskan aktiviti melahapnya . Hanya
gelengan yang dibalas oleh Raihan dan Priya .
Sedang mereka asyik menikmati makan tengah hari masing-masing ,
tiba-tiba telefon pintar Damia berbunyi . Hampir nak tersembur makanan yang ada
dalam mulutnya melihat nama yang tertera di atas skrin telefon itu .
“ Waalaikumussalam
. Wei kau sampai hati tak kejut aku pagi tadi . Saja je kan . Kau memang ada
niat nak buli aku . Habis aku kena bahan tau . Sampai hati kau buat aku macam
ni Nabila . “ adu Damia kepada Nabila yang merupakan teman sebiliknya .
“ Ewah . Tak sempat bagi salam dah jawab dah
. Haha wei serius aku minta maaf . Tapi untuk pengetahuan kau lah , aku ada
kejut tau . Kau tu tidur mati . Hihi kau kena bahan eh ? Macam mana , cerciter
. “ usik Nabila .
“
Oh kau suka eh , siap kau . Balik ni kau memang tak selamat la jawabnya . Wei !
Hello ? Hello ?? Ee boleh matikan phone si Nabila nie ? “ rungut Damia dan
mematikan panggilan . Dia mengambil buah betik dari pinggan Raihan untuk
melepaskan geram . “ Siap kau Nabila . “ luah Damia sambil menyumbat betik ke
dalam mulutnya .
“ Tak
kisahlah apa kau nak buat kat dia . Tapi kenapa betik aku jadi mangsa ? “ rajuk
Raihan dan cuba untuk mencubit Damia , namun Damia sempat mengelak . Damia
segera bangun dan mengambil begnya . “
Bye “ ujarnya dan berlari menghilangkan diri. “ Damia , Damia . “ serentak
Priya dan Raihan ketawa kecil melihatnya .
Tanpa
disedari , ada mata yang sedang memerhatikan dirinya .
0 comments:
Post a Comment