Tajuk on the way :)

                                                                       

                                                                         BAB :
 3
                “ Abang Iskandar , cepatlah . Terhegeh-hegeh macam mak nenek . “ jerit Irdina kepada abangnya yang masih belum turun selepas pulang dari kerja .

                Malam itu , keluarganya bercadang untuk makan di luar kerana hendak menyambut hari lahir ummi mereka  , Siti Mariam . Akan tetapi , mereka terpaksa melewatkannya demi menunggu Iskandar pulang dari kerja.

            “ Kejaplah , on the way . “ jerit Iskandar dari biliknya sambil tergesa-gesa bersiap  . Dia segera turun ke bawah . Lebih baik dia cepat sebelum adik perempuan tunggalnya  itu membebel lagi .

            “ Taraaa , dah siap . Dah wangi pun . Adik abang ni tak reti sabar ke ? “ usik Iskandar lalu mencubit pipi adiknya lembut . “ Takyah nak buat baik . Dahlah lambat , orang lain semua belum makan . “ luah Irdina . Dia tidak puas hati dengan abangnya yang seorang itu .

            “ Kau ni , orang lain lambat kau marah . Dahtu kalau kau yang bersiap , lambat kemain takpe pulak ? “ usik Irfan , abangnya yang kedua . Irdina mencebik tanda tidak puas hati diusik begitu oleh abang-abangnya . Serentak Irfan dan Iskandar ketawa melihat kerenah adik mereka itu .

          “ Sudahlah , tak habis-habis menyakat . Jom pergi sekarang . Abi dah tunggu kat luar tu . Kang dia pulak mengamuk , terus tak jadi makan malam ni . “ celah ummi mereka , Hajah Siti Mariam . Mereka mengagguk tanda setuju dan segera keluar menuju ke kereta .

***********************************************************************          

     “ Selamat Ulang Tahun Kelahiran ummi “ ucap tiga beradik itu serentak  . Mereka mengucup lembut pipi ummi mereka . “ Semoga ummi panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki . “ ucap Irdina dan memeluk lengan umminya.

            “ Terima kasih sayang . “ balas Hajah Siti Mariam lembut . Iskandar kemudian duduk di sebelah umminya lalu mengeluarkan sebuah kotak hadiah . “ Hadiah ni tak seberapa ummi . Belum tentu dapat balas jasa ummi dalam membesarkan kami . Tapi inilah yang paling ikhlas datang dari kami dengan abi . Hadiah ni abi pilih tau . “ ujar Iskandar dan menyerahkan hadiah tersebut kepada umminya .

               Hajah Siti Mariam tersenyum dan segera membuka hadiah tersebut . “ Ya Allah , cantiknya . Abi pilih ke ni ? Pandai abi sekarang . Dulu waktu muda-muda kata bukan taste abi benda-benda macam ni ? “ tanya ummi terkejut melihat sebuah  rantai berlian keluaran Habib Jewels dijadikan hadiah buatnya tahun ini . Yang paling mengejutkan , suami tercinta sendiri yang memilih hadiah tersebut .

             “ Entahlah , abi hentam je tu . Budak-budak ni kata okay bila abi tunjuk . Okay sajalah . “ balas abi mereka , Haji Yusuf Shah . Mereka sekeluarga ketawa mendengar jawapan abi mereka yang begitu ikhlas .

               “ Ummi suka ? “ tanya Iskandar setelah dia melihat umminya tidak henti-tersenyum . Hajah Siti Mariam hanya mampu menganggukan kepalanya . Tiada kata-kata dapat diluahkan ketika itu . Dia bersyukur dikurniakan keluarga yang begitu bahagia .

              “ Mestilah suka . “ jawab Hajah Siti Mariam . Iskandar mengucup lembut dahi umminya .

***********************************************************************
            
              Iskandar segera berlari ke biliknya setibanya dia di rumah . Dia teringat yang dia masih belum menunaikan solat Isyak . Dia sedar yang tidak baik melengah-lengahkan solat kerana itu merupakan tiang agama .
              Selesai solat , dia berzikir dan berdoa . Meminta pada Maha Esa supaya diampunkan dosa keluarganya , dijauhkan dari api neraka , selamat dari fitnah Dajjal dan juga dari musibah .

             “ Iskandar . “ kedengaran suara lembut umminya di luar pintu . “ Ya ummi , masuklah . “ ujar Iskandar dan melipat sejadahnya . “ Kenapa ummi tak tidur lagi ni ? Kan dah pukul 1 pagi ni . “ tanya Iskandar kehairanan .

             “ Ummi perasan lampu bilik Is tak tutup lagi , ingat Is buat kerja ke . “ jawab umminya lalu duduk dia atas katilnya . Iskandar segera mendekati umminya . Perlahan dia meletakkan kepalanya di peha umminya .
                 Dia tersenyum melihat kerenah anak sulungnya itu , lembut Hajah Siti Mariam mengusap rambut Iskandar . “ Iskandar , ummi nak tanya sikit boleh sayang ? “ . Iskandar tersenyum . “ Tanyalah ummi . “ balas Iskandar . “ Anak ummi ni takde yang bertakhta di hati ke ? “ usik Hajah Siti Mariam . Iskandar hanya ketawa kecil mendengar pertanyaan umminya itu .

                “ Kenapa , ummi nak masuk meminang dia ke ? “ balas Iskandar selamba sambil menatap anak mata umminya . “ Anak ummi ni memang dah ada lah ya ? “ tanya Hajah Siti Mariam lagi . Wajahnya bertukar serius .

                 Tak disangka anaknya itu sudah ada yang empunya . Iskandar tersenyum . “ Manalah nak cari perempuan yang sebijik macam ummi . Penyayang , pandai masak . Zaman sekarang susah lah ummi . Kan Is cakap , kalau Is jumpa someone yang iras-iras ummi , perangai macam ummi . Is memang akan kahwin dengan dia . “ balas Iskandar dan memeluk manja umminya .

                “ Alasan la tu . Konon nak ambil hati ummi kan ? “ Hajah Siti Mariam ketawa . “ Ummi bukannya apa , ummi taknak awak tu leka dengan dunia . Kalau dah ada yang special , bawa jumpa abi dengan ummi . Kena cepat , awak tu dengan anak orang . Jangan tangguh . Kahwin cepat-cepat . Taknaklah benda tak elok jadi . Is faham maksud ummi kan ? “ Hajah Siti Mariam memandang anak sulungnya itu dengan penuh kasih sayang .

           “  Ya  ummi , Is faham maksud ummi . Ummi taknak Is terlanjur kan ? In Shaa Allah , doa seorang ibu itu Allah dengar . Is dah besar ummi . Is boleh beza mana intan mana kaca . “ balas Iskandar . “ Ummi pergilah tidur . Jangan fikirkan sangat hal ni ya ? “ . Iskandar mengucup lembut dahi Hajah Siti Mariam sebelum umminya beredar pergi .
            Malam itu , tidur Iskandar  sedikit terganggu . “Jangan tangguh . Kahwin cepat-cepat . “ “ Kahwin cepat-cepat . “ Terngiang-ngiang suara umminya berkata soal perkahwinan .


Bersediakah dia untuk menjadi seorang suami ? 

0 comments: