Tajuk on the way :)

Bab :
4
          “ Iskandar , cepatlah Iskandar . Awak tak kerja ke pagi ni ? Lambat nanti jalan sesak . Siapa susah ? Awak jugak ! “ jerit Hajah Siti Mariam memanggil anaknya turun . Lewat sedikit anaknya hari ini . Entah apa yang dia buat malam tadi , gumam Hajah Siti Mariam sendiri .

          “ Ya Ummi , siap dah “ jerit Iskandar pula dari biliknya sebagai jawapan balas untuk umminya itu . Iskandar segera turun ke tingkat bawah . Dia tahu hari ini dia terlambat sedikit .

            “ Cepatlah Iskandar . Kesian student Is tunggu kat dewan kuliah nanti . Apalah Prof. diorang pulak yang lambat  “ luah umminya . “ Takdelah , budak-budak tu okay je ummi “ balas Is sambil tersengih . Dia kemudian ternampak beberapa cawan teh hijau di atas meja makan . Tanpa berlengah , dia mengambil secawan dan menghirupnya .

             “ Astagfirullahalazim , tak nampak ummi ada tetamu ke cik abang ? Minum tetamu punya pulak dia ni “ bebel Hajah Siti Mariam . Satu cubitan singgah di lengan Iskandar . “ Ummi , sakit “ adu Iskandar . Hajah Siti Mariam hanya membiarkan anaknya itu .

           “ Tak apalah hajah . Bukannya saya tak boleh ambil cawan lain . Banyak lagi cawan atas meja ni ha “ jawab salah seorang tetamu Hajah Siti Mariam . Iskandar hanya tersenyum . Dia kemudian baru tersedar akan kehadiran tetamu umminya pagi ini .

               Ada tiga orang , salah seorang daripada tetamu  itu sememangnya rapat dengan keluarganya  . Iskandar sudah menganggap dia seperti ibu kandungnya sendiri . Dua lagi tetamu itu Iskandar tidak kenal dan tidak pernah bersua muka . Namun , Iskandar tetap menegur mereka .

              “ Cepatlah Iskandar . “ marah Hajah Siti Mariam dan mengejutkan Iskandar . “ Ya ummi . Nak pergilah ni . Salam ? “ Iskandar menghulurkan tangan kea rah umminya dan mencium tangan umminya . “ Pergi ya ummi . Assalamualaikum  . “ dua ciuman dia berikan untuk umminya . Di sebelah kiri dan kanan pipi umminya . Iskandar juga sempat memberi salam kepada tetamu umminya .

               Iskandar segera memakai kasut dan menuju ke keretanya . Kemudian , terdengar bunyi enjin kereta semakin lama semakin jauh dan akhirnya hilang . Barangkali Iskandar telah berangkat ke tempat kerjanya .

               “ Dah besar Iskandar tu ya hajah . “ ujar Salmah . Salmah sememangnya rapat dengan keluarga Hajah Siti Mariam . Anak-anak Hajah Siti Mariam juga manja memanggil Salmah dengan panggilan ibu .

                 “ Yelah Salmah . Dah lama kau tak tengok anak-anak aku . Tu pun bangun lambat . Kalau bangun awal sikit boleh juga sembang-sembang . “ balas Hajah Siti Mariam . Salmah dan dua orang tetamu yang lain itu hanya tersenyum . “ Eh minumlah . Sejuk pulak teh tu nanti . “ pelawa Hajah Siti Mariam dan tetamunya mengangguk tanda setuju .

****************************************************************************
          Affin segera berlari ke dewan kuliah . Dia perlu cepat atau nanti  dia pula dibahan oleh pelajarnya . Selama ini , apabila ada pelajarnya yang datang lambat , dia akan mengusik mereka .

         “ Eh taknaklah aku . Tulah aku jahat sangat . Padan muka dah dapat balasan . “ gumam Affin dalam hati dan segera memanjat anak-anak tangga menuju ke dewan kuliah itu .

          Fuh , lega . Jam menunjukkan pukul  7.50 pagi . Dia meletakkan barang-barangnya di atas meja . Dia kemudian mengeluarkan botol mineral yang sempat dia bawa dari rumah dan meneguknya . Hampir nak tersembur dia apabila melihat pelajarnya .

          Ternganga Affin melihat pelajarnya . Kesemua pelajarnya telah berada dalam dewan . Boleh dikatakan dia orang terakhir yang sampai ke dewan tersebut . Pelajar-pelajarnya hanya tersenyum dan ketawa sesama mereka .

          “ Prof. Affin pasal apa . Terkejut ke ? “ tanya Muthu kepadanya . “ Prof . You nampak hantu ke ? “ “ Prof . Apasal muka penat je . Berlari ke ? “ “ Prof . Takkan lambat kot hari ni ? Saja nak perli kami ka ? “ bermacam-macam soalan keluar dari mulut pelajarnya . Iskandar sudah dapat mengagak pasti dia akan diusik oleh pelajarnya .

       “ Seronok ya ? “ soal Affin kepada pelajarnya . Mereka hanya ketawa melihat Prof. mereka pagi itu . “ Sebab saya baik hati , sebelum habis kelas ada kuiz ya sayang-sayang sekalian . “ ujarnya selamba .

        “ Alaaahhhhhhh . Prof. handsome hari ni . Serious , tak tipu . “ “ Prof. adalah prof. terbaik kami “ bermacam-macam kata pujian yang dia terima . Pastinya , itu strategi pelajarnya untuk mengelak dari menjawab kuiznya .

        “ Hehe terima kasih . Saya memang handsome . Dah , kita sambung apa yang kita belajar semalam . “ dia tersenyum dan bersiap-sedia untuk mengajar . Pelajarnya yang lain hanya menunjukkan muka pasrah . Affin tersenyum dan memulakan pengajarannya pagi itu .

******************************************************************************
       “  Weh kelakar gila Prof. Affin pagi tadi . Dia termengah-mengah panjat tangga . Kalau dapat rakam , kiteorang rakam dah pastu bagi dia . “ Raihan bersungguh-sungguh menceritakan perkara itu kepada Nabilla . Mereka sama-sama ketawa mendengar cerita itu .

        “ Tak baiklah weyh . “ marah Damia . Dia tidak suka Prof. Affinya itu dijadikan sebagai bahan lawak . “ Dia lambat maybe tolong kucing nak beranak ke , tolong katak lintas jalan ke . “ luah Damia .

         “ Dey , nak back-up agak-agaklah . Yang bagi sebab selamatkan binatang buat apa ? “ kata Nabilla . “ Marah benar dia kita cakap pasal prince charming dia . “ usik Raihan pula . “ Diamlah . “ bentak  Damia dan menutup mukanya dengan buku .

          Tiba-tiba telefon pintarnya berdering . Damia tersenyum melihat nama yang tertera di skrin . “ Assalamualaikum , hello mama . Damia sihat , Alhamdulillah . Mama nak jumpa ? Okay , mama datang sini ya ? Penting sangat ya ? Ya , Damia free . Mama datang ya ? Okay , assalamualaikum . “ Damia mematikan panggilan .

          “ Mia , kenapa ? “ tanya Nabilla dan Raihan serentak . “ Entahlah , mama aku nak datang tapi pasal apa tak bagitau pula . Ada hal penting . “ jawab Damia dan cuba memikirkan hal penting tersebut .


Hal apa yang penting sangat sampai mamanya itu tak boleh bincang di rumah hujung minggu ini ?

Tajuk on the way :)

                                                                       

                                                                         BAB :
 3
                “ Abang Iskandar , cepatlah . Terhegeh-hegeh macam mak nenek . “ jerit Irdina kepada abangnya yang masih belum turun selepas pulang dari kerja .

                Malam itu , keluarganya bercadang untuk makan di luar kerana hendak menyambut hari lahir ummi mereka  , Siti Mariam . Akan tetapi , mereka terpaksa melewatkannya demi menunggu Iskandar pulang dari kerja.

            “ Kejaplah , on the way . “ jerit Iskandar dari biliknya sambil tergesa-gesa bersiap  . Dia segera turun ke bawah . Lebih baik dia cepat sebelum adik perempuan tunggalnya  itu membebel lagi .

            “ Taraaa , dah siap . Dah wangi pun . Adik abang ni tak reti sabar ke ? “ usik Iskandar lalu mencubit pipi adiknya lembut . “ Takyah nak buat baik . Dahlah lambat , orang lain semua belum makan . “ luah Irdina . Dia tidak puas hati dengan abangnya yang seorang itu .

            “ Kau ni , orang lain lambat kau marah . Dahtu kalau kau yang bersiap , lambat kemain takpe pulak ? “ usik Irfan , abangnya yang kedua . Irdina mencebik tanda tidak puas hati diusik begitu oleh abang-abangnya . Serentak Irfan dan Iskandar ketawa melihat kerenah adik mereka itu .

          “ Sudahlah , tak habis-habis menyakat . Jom pergi sekarang . Abi dah tunggu kat luar tu . Kang dia pulak mengamuk , terus tak jadi makan malam ni . “ celah ummi mereka , Hajah Siti Mariam . Mereka mengagguk tanda setuju dan segera keluar menuju ke kereta .

***********************************************************************          

     “ Selamat Ulang Tahun Kelahiran ummi “ ucap tiga beradik itu serentak  . Mereka mengucup lembut pipi ummi mereka . “ Semoga ummi panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki . “ ucap Irdina dan memeluk lengan umminya.

            “ Terima kasih sayang . “ balas Hajah Siti Mariam lembut . Iskandar kemudian duduk di sebelah umminya lalu mengeluarkan sebuah kotak hadiah . “ Hadiah ni tak seberapa ummi . Belum tentu dapat balas jasa ummi dalam membesarkan kami . Tapi inilah yang paling ikhlas datang dari kami dengan abi . Hadiah ni abi pilih tau . “ ujar Iskandar dan menyerahkan hadiah tersebut kepada umminya .

               Hajah Siti Mariam tersenyum dan segera membuka hadiah tersebut . “ Ya Allah , cantiknya . Abi pilih ke ni ? Pandai abi sekarang . Dulu waktu muda-muda kata bukan taste abi benda-benda macam ni ? “ tanya ummi terkejut melihat sebuah  rantai berlian keluaran Habib Jewels dijadikan hadiah buatnya tahun ini . Yang paling mengejutkan , suami tercinta sendiri yang memilih hadiah tersebut .

             “ Entahlah , abi hentam je tu . Budak-budak ni kata okay bila abi tunjuk . Okay sajalah . “ balas abi mereka , Haji Yusuf Shah . Mereka sekeluarga ketawa mendengar jawapan abi mereka yang begitu ikhlas .

               “ Ummi suka ? “ tanya Iskandar setelah dia melihat umminya tidak henti-tersenyum . Hajah Siti Mariam hanya mampu menganggukan kepalanya . Tiada kata-kata dapat diluahkan ketika itu . Dia bersyukur dikurniakan keluarga yang begitu bahagia .

              “ Mestilah suka . “ jawab Hajah Siti Mariam . Iskandar mengucup lembut dahi umminya .

***********************************************************************
            
              Iskandar segera berlari ke biliknya setibanya dia di rumah . Dia teringat yang dia masih belum menunaikan solat Isyak . Dia sedar yang tidak baik melengah-lengahkan solat kerana itu merupakan tiang agama .
              Selesai solat , dia berzikir dan berdoa . Meminta pada Maha Esa supaya diampunkan dosa keluarganya , dijauhkan dari api neraka , selamat dari fitnah Dajjal dan juga dari musibah .

             “ Iskandar . “ kedengaran suara lembut umminya di luar pintu . “ Ya ummi , masuklah . “ ujar Iskandar dan melipat sejadahnya . “ Kenapa ummi tak tidur lagi ni ? Kan dah pukul 1 pagi ni . “ tanya Iskandar kehairanan .

             “ Ummi perasan lampu bilik Is tak tutup lagi , ingat Is buat kerja ke . “ jawab umminya lalu duduk dia atas katilnya . Iskandar segera mendekati umminya . Perlahan dia meletakkan kepalanya di peha umminya .
                 Dia tersenyum melihat kerenah anak sulungnya itu , lembut Hajah Siti Mariam mengusap rambut Iskandar . “ Iskandar , ummi nak tanya sikit boleh sayang ? “ . Iskandar tersenyum . “ Tanyalah ummi . “ balas Iskandar . “ Anak ummi ni takde yang bertakhta di hati ke ? “ usik Hajah Siti Mariam . Iskandar hanya ketawa kecil mendengar pertanyaan umminya itu .

                “ Kenapa , ummi nak masuk meminang dia ke ? “ balas Iskandar selamba sambil menatap anak mata umminya . “ Anak ummi ni memang dah ada lah ya ? “ tanya Hajah Siti Mariam lagi . Wajahnya bertukar serius .

                 Tak disangka anaknya itu sudah ada yang empunya . Iskandar tersenyum . “ Manalah nak cari perempuan yang sebijik macam ummi . Penyayang , pandai masak . Zaman sekarang susah lah ummi . Kan Is cakap , kalau Is jumpa someone yang iras-iras ummi , perangai macam ummi . Is memang akan kahwin dengan dia . “ balas Iskandar dan memeluk manja umminya .

                “ Alasan la tu . Konon nak ambil hati ummi kan ? “ Hajah Siti Mariam ketawa . “ Ummi bukannya apa , ummi taknak awak tu leka dengan dunia . Kalau dah ada yang special , bawa jumpa abi dengan ummi . Kena cepat , awak tu dengan anak orang . Jangan tangguh . Kahwin cepat-cepat . Taknaklah benda tak elok jadi . Is faham maksud ummi kan ? “ Hajah Siti Mariam memandang anak sulungnya itu dengan penuh kasih sayang .

           “  Ya  ummi , Is faham maksud ummi . Ummi taknak Is terlanjur kan ? In Shaa Allah , doa seorang ibu itu Allah dengar . Is dah besar ummi . Is boleh beza mana intan mana kaca . “ balas Iskandar . “ Ummi pergilah tidur . Jangan fikirkan sangat hal ni ya ? “ . Iskandar mengucup lembut dahi Hajah Siti Mariam sebelum umminya beredar pergi .
            Malam itu , tidur Iskandar  sedikit terganggu . “Jangan tangguh . Kahwin cepat-cepat . “ “ Kahwin cepat-cepat . “ Terngiang-ngiang suara umminya berkata soal perkahwinan .


Bersediakah dia untuk menjadi seorang suami ? 

Tajuk on the way :)



 BAB :
2
           
             “ Aah penatnya “ keluh Damia setibanya dia di biliknya . Damia baru selesai mengikuti usrah selepas Solat Isyak bersama kawan-kawannya yang lain . Dia segera mencapai telefon pintarnya dan memasang lagu yang menenangkan . Dia menutup matanya sambil melayani lagu tersebut .

               Kriuk kriuk . Damia membuka matanya apabila terdengar bunyi . “ Aduh , kenapa boleh lapar lagi ni ? Menyesalnya tak makan tadi sebelum solat Isyak . Ish . “ keluh Damia dan segera mencari-cari makanan di dalam biliknya .

             “ Apa ni , takkan takde makanan . Rasanya ada beli maggie cup . Mana ni ? “ Damia mula menyelongkar setiap sudut bilik itu . Dia turut mencari di katil dan meja belajar Nabilla .  Manalah tau roommate kesayangannya si Nabilla itu ada menyorokkan makanan paling berharga itu .

              “ Woi apa ni belek-belek katil kita . Takde privacy langsung . Kau cari apa minah ? “ Tanya Nabilla apabila ternampak Damia tercari-cari sesuatu . “ Wei mana maggie cup , aku lapar . “ tanya Damia . “ Kat mana lagi , kat kantin la cik kak . Kalau nak kena beli lagi lah . Beli banyak sikit untuk hari-hari berikut . Kan dah habis kita melahap malam semalam . Aiyaa itu pun tak ingat ke ? “ soal Nabilla hairan melihat Damia . Perkara yang baru berlaku semalam pun mudah untuk dia lupa .

              “ Ala wei aku lapar tahap dewa ni . Serius , teman weh pegi kantin . Aku kebulur tahap rasa nak tanam kepala dalam tanah . Please weh ? “ rayu Damia kepada Nabilla . “ Pergi tanam sekarang kepala kau tu ? “ usik Nabilla . Damia segera mencubit lengan Nabilla . “ Orang serius dia boleh main-mainkan kita pulak . “ gumam Damia . Nabilla ketawa kecil . “ Pergi dulu kantin , satgi aku mai cari hang kat sana nah . “ kata Nabilla untuk memujuk Damia .

Damia tersenyum kegembiraan .

***********************************************************************

     “ Mia !! Mia , cepat Mia . Cepat !! “ jerit Nabilla sambil berlari ke arah Damia . Akibat jeritan yang sedikit kuat , ia telah mengundang renungan pelajar-pelajar lain yang turut berada di situ . “ Kau apesal jerit macam aku nie jauh beratus batu ni ? “ soal Damia kehairanan .

         “ Prince Charming kau . Dia on the way . Dia on the way . “ luah Nabilla gembira . Orang lain punya ‘crush’ , dia pulak yang terlebih gembira . “ Ala yeke ? Ish dia ni time macam ni jugak nak turun kenapa . Wei asal aku menggeletar ni ? “ ujar Damia cemas sambil melihat tangannya yang menggigil . Nabilla hanya ketawa kecil melihat aksi kawannya itu .

               “  Hai Damia , Nabilla . Makan maggie je ke malam ni ? “ terkejut Damia dan Nabilla apabila ada suara yang menegur mereka . Damia lebih terkejut kerana tidak menyangka perkara begini akan terjadi . Damia hanya tercegat apabila dia melihat lelaki yang menegurnya itu .

              “ Err . Haah . Memanglah macam tu . “ jawab Damia merapu . Orang yang menegurnya itu mengangkat kening tanda tidak faham dan tersenyum . “ Haa memanglah . Memang macam tu pun . “ usiknya . Nabilla cuba untuk menahan dirinya daripada menjerit .

             “ Oh Iskandar , haa nak makan apa ? Nabilla , Damia maggie korang nie siap dah . Makcik buat special . Harga pun special lah . “ senyum Mak Munah selaku peniaga di kantin universiti tersebut . Kerana tiada respon yang diberikan oleh budak perempuan berdua ni , maka seseorang pelu membantu .

              “ Mak Munah buat satu lagi maggie . Sedap pulak nampak diorang nie punya makanan . Lepastu saya bayarkan sekali dengan cik akak yang macam tugu Negara ni . “ ujar lelaki itu tadi dan membuat bayaran . “ Haa akak cepatlah ambik maggie korang tu . Kang orang lain datang rampas jangan nangis eh . “ usiknya sebelum berlalu ke kaunter bayaran .

                  Tergesa-gesa Damia dan Nabilla mengambil makanan mereka dan mencari dewan makan yang kosong . Malam itu , ramai pula orang yang makan . Yang peliknya semuanya menikmati maggie malam itu .

            “ Maggie ada buat promosi murah-murah ke Mia ? Ramai benar melantak maggie malam ni . “ tanya Nabilla kepada Damia . “ Yela kot . “ jawabnya dan segera duduk di meja kosong . Mereka baru hendak menyuap makanan ke dalam mulut , terdengar seseorang memanggil Nabilla . Dia segera berpaling dan bangun menemui kawannya itu . Damia hanya memerhati .

               Terangguk-angguk Nabilla mendengar penjelasan kawannya itu . Dia berjalan ke arah Damia dengan sebuah senyuman . “ Yela yela , pergilah takpe . Kau ada kerja nak buat . Aku faham . “ ujar Damia sambil tersenyum . Faham sungguh dia dengan Nabilla ini . Orang yang sangat serius dalam hal pelajaran . Nabilla baru mendapat info dia dan kawan-kawannya perlu membuat sedikit perbincangan mengenai assignment mereka .

                 “ Sorry Mia . Suddenly and it ‘s urgent . “ ujar Nabilla perlahan dan memeluk Damia . “ Thanks sebab faham . Kau memang kawan aku dunia akhirat . “ tambahnya lagi . Damia hanya ketawa dan mengangguk faham . “ Tula , aku memang jenis yang memahami . Untung dapat kawan macam aku . Haish , makan sorang lagi lah jawabnya. “ luah Damia cuba mengusik Nabilla .

                “ Manade sorang . Tu ada prince charming kau . Hehe . “ usik Nabilla . Hampir nak tersembur makanan yang ada dalam mulut Damia itu . Tanpa dijangka , Nabilla dengan beraninya menjemput ‘crush’ Damia untuk menemani Damia makan .

“ Do you mind Damia if I sit and eat with you ? “ soalnya kepada Damia . Nabilla hanya ketawa dan meminta diri dengan segera . Nabilla sempat berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana belanja mereka berdua makan malam ni . “ Kau ni memang nak kena Nabilla . Siap kau . “ getusnya dalam hati .

                 Lelaki itu dengan selamba menarik kerusi meja tersebut . Kalau duduk berhadapan takpe lagi . Ini kerusi kat sebelah dia . Ini bermakna mamat ni hendak duduk sebelah dia . Damia cuba mengawal dirinya dari melakukan perkara-perkara bodoh .

                “ Sorry saya duduk tak mintak permission awak dulu . “ ujarnya sambil tersenyum sambil menuggu makanannya untuk sejuk sedikit . “ Eh takpe . Bukan saya tauke kantin pun . Semua boleh duduk . “ balas Damia . Lelaki tersebut hanya ketawa . “ Maaf , saya suka sangat usik awak . Merah muka awak kalau kena usik . Maaf ye ? “ makin merah muka Damia apabila mendengar ucapan itu .

              “ Dan saya minta maaf pasal pagi tadi jugak . Saya memang suka usik pelajar saya . Baru seronok pagi saya. “ ujarnya lagi . Damia hanya mengangguk . “ Small matter Prof. Affin . “ kata Damia . “ Terima kasih Prof. sebab belanja maggie . “ ujar Damia dan Prof. Affin mengangguk tanda menghargai .

             Ya . Profesor Affin atau nama sebenarnya Muhd. Affin Iskandar Shah b. Yusuf Shah merupakan orang yang berjaya memikat hati  Damia . Damia memang meminati profnya itu dari hari pertama dia melihat profnya . Bukan dia sahaja , boleh dikatakan ramai pelajar perempuan di universiti itu cair dengan Prof. Affin ni .  “ Apalah kuat sangat aura mamat ni . “ getusnya dalam hati .

             “ Er Prof . Saya nak tanya sikit boleh . “ ? Damia cuba untuk memecahkan kesunyian meja tersebut . Prof. Affin hanya mengangguk . “ Kenapa Prof. tak balik lagi ? Ada hal penting ke yang tak settle lagi sebab tu Prof. balik lambat ? Selalu pulak tu . “ tanya Damia . Prof. Affin hanya tersenyum . “ Ya , kadang-kadang ada hal . Kadang-kadang saja , malas nak balik awal . Bukan ada bini pun tengah tunggu kat rumah . Kadang-kadang saja nak tengok perangai budak dalam universiti ni . Rindu zaman belajar dulu . Kadang-kadang nak lepas rindu kat seseorang . “ senyumnya dan meneruskan aktiviti makannya .

“ Oh . “ sepatah Damia menjawab sambil menaggukkan kepalanya . Prof. Affin hanya tersenyum . Meja itu kembali senyap kerana penghuninya begitu asyik menikmati makanan mereka .

              Malam itu , Damia mengetahui tentang dua perkara penting tentang ‘prince charming’ nya itu . Pertama , masih bujang . Kedua , dah berpunya .

Single but not available .




Tajuk on the way :)

       

BAB :
1
              “ Alamak . Dah lambat . Habislah aku . “ gumam Damia setelah dia melihat jam di dinding . Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi dan Damia ada kelas yang perlu dihadirinya pukul 8 pagi ini . Dia mula tidak tentu arah . Kelam kelibut dibuatnya dia pagi itu . Menangis mamanya di rumah kalau tahu dia sebegini rupa di universitinya .

           “ Cepat cepat cepat !!! Kena cepat . Nanti kena denda . Kena perli . Semualah kena . Macam tak kenal perangai Prof. Affin tu . Dibuatnya dia kunci pintu dewan tu , aku nak belajar mana . Kunci pintu dewan takpe lagi , kang suruh aku duduk belajar kat bawah lantai tu . Taknak aku . “ bebel Damia sambil berlari keluar dari bilik asramanya menuju ke dewan kuliah .

              Damia berlari dengan sekuat hati menuju ke dewan kuliahnya . Dia harus cepat . Kalau dia sempat untuk sampai ke dewan tepat jam 7.59 pagi pun dia dah cukup bersyukur . Walaupun lelah perlu berlari pantas dengan mendaki anak-anak tangga ke dewan kuliah , Damia tidak pedulikan semua itu . Dia perlu cepat atau tidak habis dia dibahan dalam kelas pagi itu .

          “ Assalamualaikum . Good Morning Prof . I am sorry . So sorry . Saya sebenarnya dah bangun awal pagi tadi nak solat subuh tapi lepas solat terlelap pulak . Saya dah bagitau roommate saya untuk kejutkan saya tapi last-last haprak . Sorry Prof . “ bersungguh-sungguh Damia menerangkan perkara sebenar kepada profnya itu setibanya dia di dewan itu dan sempat mengerling ke arah jam di dalam dewan tersebut . 8.03 pagi .     “ Alamak habis aku “ getusnya dalam hati .

         “ Waalaikumussalam . Okay Miss Damia . Calm down okay . Takpe takpe awak boleh duduk kat tempat awak . Nasib awak baik sebab mood saya memang baik hari ni . Jadi cepat duduk sebelum mood saya beralih jadi tak berapa baik “ kata Prof. Affin ringkas dengan sebuah senyuman yang sungguh manis . Damia menarik nafas lega kerana dilepaskan tanpa perlu menghadapi perkara yang menakutkan .

           Sedang dia melangkah kaki menuju ke tempat duduknya , “ Damia , lain kali jangan bagitau roommate awak je . Bagitau sekali kawan-kawan awak dalam dewan ni . Senang diorang call awak kalau belum nampak kelibat awak dalam dewan ni . Atau awak boleh bagi je number awak , saya sendiri jadi alarm untuk awak . “ usik Prof. Affin dan menyebabkan kawan-kawannya dalam dewan itu ketawa  . Dia ingat dia terlepas , rupanya tidak . Damia menutup mukanya dengan buku dan segera duduk di tempat nya .

           “ Wei malunya aku . Tolonglah wei . Tolong !! “ adu Damia kepada Raihan kawan sekuliahnya . Raihan hanya mampu menahan ketawanya dari meledak melihat perangai Damia yang tak habis-habis menggelabah . “ Kau ni apelah . Cuba bertenang , kau nak kelibut pasal apa ? “ tanya Raihan hairan . “ Mau tak kelibut , aku dah fikir bukan-bukan dah waktu berlari tadi . Kau tak tengok , kalau tengok gaya aku lari confirm Usain Bolt pun  hantar kad , jemput nak lumba dengan aku tau . “ selamba Damia membalas . Serentak kawan kuliahnya  yang duduk berdekatan dengannya ketawa .

            “ Miss Damia , do you have anything else to share with us before I start my class ? “ tanya Prof. Affin kepada Damia selepas dia melihat ada pelajarnya yang masih belum bersedia untuk kelas pagi itu  . “ No Prof.  , there’s nothing to be share . “ jawab Damia dengan muka yang merah dan segera menyiapakan perlatan belajar  untuk kelas pagi itu  . Prof. Affin hanya mengelengkan kepalanya dan tersenyum melihat Damia sebelum memulakan kelas pada hari itu .


***********************************************************************

               “ Woish kau ni Mia . Kau ni lapar ke kebulur ? Bawa bertenang la dey . Laju benar makan ni . tersedak karang baru tau . “ tegur Priya apabila melihat gaya Damia makan tengah hari ni . “ Dia pecut pagi tadi laju macam Formula 1 . Tak sempat breakfast la itu yang lepas geram ni . “ usik Raihan pula .

               “ Iya ke ? Mandi ke tak ni ? “ Priya pula cuba mengusik . “ Kau cantik sikit eh , aku mandi tau sebelum subuh . Aku terlelap balik  .” Damia mula mencebik dan meneruskan  aktiviti melahapnya . Hanya gelengan yang dibalas oleh Raihan dan Priya .

                 Sedang mereka asyik menikmati makan tengah hari masing-masing , tiba-tiba telefon pintar Damia berbunyi . Hampir nak tersembur makanan yang ada dalam mulutnya melihat nama yang tertera di atas skrin telefon itu .

                “ Waalaikumussalam . Wei kau sampai hati tak kejut aku pagi tadi . Saja je kan . Kau memang ada niat nak buli aku . Habis aku kena bahan tau . Sampai hati kau buat aku macam ni Nabila . “ adu Damia kepada Nabila yang merupakan teman sebiliknya .

                  “ Ewah . Tak sempat bagi salam dah jawab dah . Haha wei serius aku minta maaf . Tapi untuk pengetahuan kau lah , aku ada kejut tau . Kau tu tidur mati . Hihi kau kena bahan eh ? Macam mana , cerciter . “ usik Nabila .

                   “ Oh kau suka eh , siap kau . Balik ni kau memang tak selamat la jawabnya . Wei ! Hello ? Hello ?? Ee boleh matikan phone si Nabila nie ? “ rungut Damia dan mematikan panggilan . Dia mengambil buah betik dari pinggan Raihan untuk melepaskan geram . “ Siap kau Nabila . “ luah Damia sambil menyumbat betik ke dalam mulutnya .

                “ Tak kisahlah apa kau nak buat kat dia . Tapi kenapa betik aku jadi mangsa ? “ rajuk Raihan dan cuba untuk mencubit Damia , namun Damia sempat mengelak . Damia segera bangun dan mengambil begnya  . “ Bye “ ujarnya dan berlari menghilangkan diri. “ Damia , Damia . “ serentak Priya dan Raihan ketawa kecil melihatnya .


Tanpa disedari , ada mata yang sedang memerhatikan dirinya . 

New Pages of Life ;)

Assalamualaikum .

This is gonna be my second post for this blog . I am wondering what should I write .
Too bad ideas don 't wanna come T.T

Or . Maybe ..

It will come after the SPM ;)
Oh yeah , speaking bout SPM . Who knows , I am one of the victims now .
I still remember , when I was young . I keep telling myself I wanna finish school as soon as possible
I wanna meet the SPM and then I ' ll be free from school
Guess what ? I am regret now . I don ' t wanna face them .
I don ' t wanna finish my school
Don 't wanna leaving school
Wanna be at school like forever
Too bad I can ' t . I have to face the reality
I am getting older , growing older
More things will come approach me in the future
I just have to accept the truth . I am no longer a kid
I have to think like an adult
Behave like an adult
I am seventeen now
Not a seven year-old little girl anymore

Therefore , all I can do now is enjoying every moment that left before I officially leaving my school life ;)
I have only ten days left before I am really really leaving my school T.T

Why ? Just tell me why ? :(

Anyway , I am wishing all the best to the 96 ' s batch . All the best guys :)

Source : Google Image


I would like to say Salam Maal Hijrah and Awal Muharram too . Hopefully , for the new year tomorrow in our Islam Calendar , I manage to be such a good person and make my parent proud ;)
And I will start writing ' What I am gonna do in this 365 days' ;)
It will start tomorrow ^^



Andddd last but not least . Happy Birthday my boy 
Choi Seung Hyun . May you been blessed with happiness and joyness in your life
Love youuuu :**



Okies , I am going to study my Bahasa Melayu now . Hopefully I can get A++ .
Amin :)


The Incredible Journey

Assalamualaikum :)
To be honest , this blog was not been updated for such a quite time

Noo . For such a long timeeee ;)

Anyone miss me ? Mwehehe

So I decided to delete all posts in this blog and post a new one

It ' s like I am closing my old books and opening the new one . Forget the past , looking forward for the future ;)

So hopefully the new me will bring lot of happiness and joyness

andd mayy November will be a great month for me ^^

Thankkk youuu :)